Wednesday, 2 September 2015

OPERASI TAMBAH

Operasi Tambah

         Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasitambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagimewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.Contoh:

• Menggunakan objek konkrit
• Menggunakan bahasa yang betul.Tiga tambah lima sama dengan lapan.+ =
• Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.
• Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut.Conothnya : 2 + 3 = 5




Ada 2 kaedah yang boleh digunakan, iaitu :
1. Penyatuan Set

Dalam cara penyatuan set, penambahan nombor bulat dikaitkan dengan penyatuan suatu set (kumpulan) objek dengan suatu objek yang lain (yang tidak mengandungi unsur – unsur yang sama) untuk menghasilkan suatu set objek yang disatukan.






Gambar di atas menunjukkan dua set buah A dan B yang disatukan untuk menghasilkan set buah C. Set A mengandungi 2 biji oren (bilangan unsur) dan set B mengandungi 3 biji mangga. Bilangan buah (unsur) dalam set C boleh ditentukan dengan membilang. Proses keseluruhan untuk menentukan nombor inilah yang dinamakan operasi tambah. Operasi ini dilambangkan dengan simbol “+” dan dicatatkan sebagai:



2. Pengukuran pada Garis Nombor( line numbers)

            Dalam cara pengukuran, garis nombor digunakan untuk menggambarkan proses penambahan. Garis nombor merupakan model geometri dengan setiap jarak (sukatan panjang) diantara titik pada garis berkait dengan nilai 1. Penambahan dua nombor, misalnya 5 dan 4, digambarkan dengan pergerakan 5 langkah ke kanan bermula daripada 0, disusuli dengan 4 langkah lagi ke kanan. Titik pada garis nombor tempat berhenti (9) mewakili hasil tambah dua nombor itu.Contohnya : Si katak duduk di titik 5,kemudian dia lompat 4 tapak ke kanan,dimanakah kedudukan Si katak?






  Operasi Nombor

            Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu. Manakala konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya.Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah;

  •  Membilang – berdasarkan 4 prinsip membilang secara rasional.
  • Pengalaman konkrit – operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol.
  • Konteks penyelesaian masalah – satu situasi penyelesaian masalah diberi.
  •  Penggunaan bahasa yang betul – bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi itu lebih bermakna.

            Terdapat tiga langkah yang sesuai untuk membantu murid mengembangkan maksud bagi empat operasi asas iaitu tambah, tolak , darab dan juga bahagi. Pertama ialah konkrit iaitu menggunakan bahan untuk pelbagai masalah lisan dan bahan manipulative untuk melakonkan dan mewakilkan operasi matematik.Kedua ialah separa konkrit iaitu mewakilkan operasi dengan gambar.Dalam ini guru membekalkan perwakilan objek dalam gambar, gambar rajah dan lukisan, dalam langkah ke arah perwakilan simbolik.Ketiga pula ialah abstrak iaitu mewakilkan operasi dengan simbol.Dalam ini, guru menggunakan simbol (khasnya untuk ungkapan berangka dan ayat nombor) untuk mengilustrasikan operasi.



Penghasilan Resos Dekak-dekak

         Memandangkan topik yang kami pilih adalah operasi tambah nombor bulat dalam lingkungan 10000 tanpa pengumpulan semula, kami telah sepakat untuk membina dekak-dekak. Dekak-dekak mestilah mempunyai tapak. Oleh itu, kami memilih untuk menggunakan polisterin sebagai tapak kerana ianya tebal, ringan dan juga selamat apabila digunakan oleh murid-murid sekolah rendah. Seterusnya menghasilkan tiang dekak-dekak. Kami memilih membina tiang tersebut daripada batang paip kerana sifatnya yang kukuh, kuat serta tidak mudah patah. 

      Tiang ini digunakan untuk memegang nilai digit bagi setiap rumah. Memandangkan topik kami ialah operasi tambah dalam lingkungan 10000, oleh itu jumlah tiang yang diperlukan ialah empat batang bagi mewakili rumah Sa, Puluh, Ratus dan juga Ribu. Tiang tersebut akan dipacakkan ke dalam tapak dekak-dekak. Rumah bagi sa, puluh, ratus dan juga ribu perlulah dilabelkan untuk mengelakkan kekeliruan semasa membuat operasi tambah. Selain daripada dilabelkan, ianya juga mengikut warna tiang untuk menjadikannya seragam.






Contoh dekak-dekak 


Penghasilan Resos Dekak-dekak

         Memandangkan topik yang kami pilih adalah operasi tambah nombor bulat dalam lingkungan 10000 tanpa pengumpulan semula, kami telah sepakat untuk membina dekak-dekak. Dekak-dekak mestilah mempunyai tapak. Oleh itu, kami memilih untuk menggunakan polisterin sebagai tapak kerana ianya tebal, ringan dan juga selamat apabila digunakan oleh murid-murid sekolah rendah. 
           Seterusnya menghasilkan tiang dekak-dekak. Kami memilih membina tiang tersebut daripada batang paip kerana sifatnya yang kukuh, kuat serta tidak mudah patah. Tiang ini digunakan untuk memegang nilai digit bagi setiap rumah. 
        Memandangkan topik kami ialah operasi tambah dalam lingkungan 10000, oleh itu jumlah tiang yang diperlukan ialah empat batang bagi mewakili rumah Sa, Puluh, Ratus dan juga Ribu. Tiang tersebut akan dipacakkan ke dalam tapak dekak-dekak. Rumah bagi sa, puluh, ratus dan juga ribu perlulah dilabelkan untuk mengelakkan kekeliruan semasa membuat operasi tambah. Selain daripada dilabelkan, ianya juga mengikut warna tiang untuk menjadikannya seragam.


 Contoh Penggunaan Dekak-Dekak untuk Operasi Tambah

·    Sebagai contoh, untuk mendapatkan hasil tambah bagi 2311 + 2022, gunakan buah yang berlainan warna untuk membezakan nombor yang pertama dan nombor yang kedua seperti rajah di bawah.

·  Nombor 2311 menggunakan buah berwarna pink dan nombor 2022 menggunakan buah berwarna biru. Masukkan bilangan buah ke dalam rumah mengikut angka yang telah diberikan.

·  Bagi mendapatkan hasil tambah kedua-dua nombor, bilang berapa banyak buah yang terdapat dalam setiap rumah.

·        Seperti rajah di bawah, terdapat 4 buah di rumah ribu, 3  buah di rumah ratus, puluh dan juga sa. Jadi, hasil tambah bagi 2311 + 2022 ialah 4333. Begitu mudah melakukan operasi tambah dengan menggunakan dekak-dekak.

No comments:

Post a Comment